SHAKLEE
sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”
Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.
Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.
TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT DI MALAYSIATENTANG KESIHATAN
Tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan pada kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan kebanyakannya memandang remeh isu tersebut, kata seorang perunding kesihatan.
Dr. Siti Norishah Saad berkata, rata-rata rakyat negara ini hanya ke hospital selepas mengetahui mereka mempunyai penyakit selain tidak menitikberatkan konsep mencegah itu lebih baik daripada merawat.
"Ini satu fenomena yang tidak baik kerana sepatutnya mereka perlu mencegah penyakit sebelum penyakit itu menyerang kita, katanya kepada pemberita selepas Forum Kesihatan Inovasi Terkini Penyampai Makanan Tambahan Melalui Teknologi Suspensi, di sini hari ini.
Dr. Siti Norishah berkata, berdasarkan satu kajian, rakyat Malaysia juga tidak mengamalkan pengambilan makanan tambahan untuk menampung keperluan vitamin dan mineral oleh badan mereka.
"Kajian menunjukkan hanya 30 peratus rakyat Malaysia mengambil makanan tambahan berbanding 56 peratus di Amerika Syarikat.
"Jika rakyat tidak mengamalkan tabiat makanan yang baik dan tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral dan keperluan-keperluan asas lain badan, mereka perlu mengambil makanan tambahan supaya dapat memperbaiki dan menampung kekurangan nilai nutrisi makanan mereka, katanya. -Bernama

No comments:
Post a Comment